Assalamualaikum dan apa khabar semua....
Entri kali ini saya ingin membawa anda bersama-sama saya bercuti ke Singapura.
Untuk makluman semua, Sebenarnya senang
sangat untuk membawa kereta sendiri ke Singapore. Pandu saja kereta
masuk ke CIQ Malaysia. Cop passport kita di imigresen Malaysia kemudian
pandu rentas jambatan dan sampailah kita di CIQ Singapore. Sampai di CIQ
Singapore cop passport kita dan tanya pihak imigresen di mana kita boleh beli
autopass. Autopass ni rupa dia macam touch and go. Autopass ni kegunaannya untuk kita bayar tol dan parking kereta.
Ok.
Sambung pula, nanti parking tak boleh parking ikut suka kita. Kita kena
"reverse parking" kemudian minta tolong pekerja-pekerja imigresen di situ untuk tolong
tulis maklumat cukai jalan kita. Itu saja. Tak perlu tunjuk geran
kenderaan kita. Cuma isi borang autopass dan bayar SGD10. Di dalam tu ada SGD4 duit dan SGD6 harga autopass tu. Autopass boleh bertahan selama 5 tahun. Autopass tidak boleh dikembalikan
dan jika ada baki pun ia akan terhapus dengan
sendiri jika tidak digunakan dalam tempoh 5 tahun.
Pastikan
Autopass mempunyai wang yang secukupnya sebelum kita membawa kenderaan kita balik
ke Malaysia. Jika baki di dalam autopass tersebut tidak mencukupi, maka kita akan dikenakan denda SGD10 dan ianya tidak termasuk baki yang tidak cukup tu. Top up
Autopass boleh di dapati di 7 Eleven yang banyak terdapat di Singapore.
Sebelum pergi ke Universal Studio, saya sarankan anda bawalah makanan dan minuman sendiri. Ini kerana, makanan dan minuman di Universal Studio Singapore mahal. Jangan takut sebab di Universal Studio Singapore terdapat banyak makanan halal, tetapi yang paling murah pun dalam SGD15 tidak termasuk cukai lagi. Jika hendak masuk, biarlah kita masuk dekat pintu masuk yang orang Islam jaga, sebab makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk tetapi jika mereka jumpa sesama muslim, mereka akan bagi kita masuk.
Jika
kita pergi ke Universal Studio Singapore pada hari biasa (bukan hari cuti
Malaysia / Singapore / Indonesia), InsyaAllah tiket masuk ada tetapi ianya lagi bagus jika kita mempunyai kad kredit. Lebih baik kita beli tiket secara online, sebab Universal Studio
Singapore ni jika cukup kouta, mereka akan hentikan penjualan tiket
pada hari tersebut. Harga tiket masuk untuk seorang bergantung pada hari. Jika
hari cuti Indonesia mahal sikit tetapi jika cuti Umum Singapore atau
Malaysia tiketnya lagi mahal. Contoh hari yang saya pergi baru-baru ini walaupun selepas
cuti Hari Raya tetapi mereka anggap hari tersebut adalah hari cuti Indonesia juga disebabkan cuti yang
panjang. Jadi harga tiket yang perlu saya bayar ialah SGD72 seorang.
Kalau tidak harga tiket SGD66. Jika kita beli tiket secara online, kita cuma perlu
print tiket yang diemail atau pun simpan no rujukan dan pergi ke Guest
Service, dan mereka akan keluarkan tiket untuk masuk.
Tempat sangat menarik dan seronok. Terdapat juga permainan percuma. Jika ingin bermain permainan seperti roller coaster,
rakan-rakan perlu simpan segala barang-barang yang ada di dalam locker. Di sana akan ada papan tanda
arah locker. Apa yang perlu dibuat ialah pergi ke panel touch screen dan taip tarikh lahir serta pilihlah
locker mana yang kita inginkan. Untuk setengah jam pertama, ianya adalah percuma namun jika lebih daripada itu, bayaran akan dikenakan. InsyaAllah boleh simpan duit, HP dan lain-lain
barang berharga dengan selamat tetapi dan pastikan simpan sedikit wang SGD sebab
takut jika terlebih masa locker tidak boleh di buka dan untuk membukanya perlu ada duit. Selamat mencuba dan melancong ke Singapura..
salam kenal ..mekasih banyak info berguna dari blog ni.ciku plan akan drive ke sana.tq lagi sekali.
ReplyDeleteterima kasih kerana membaca artikal saya. selamat melancong.
Delete